Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka muncullah kembali isu pengutip derma yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ada antara mereka yang jujur tetapi tidak kurang juga yang mengambil kesempatan daripada kemurahan hati umat Islam di bulan barakah ini.

Justeru, Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) sekali lagi telah berjaya mengadakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi menangani isu kutipan derma atau pungutan khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri atau dikenali sebagai Ops Kutip 2.0 sepanjang bulan Ramadhan 1437H yang lalu.

Operasi ini merupakan usaha yang berterusan dalam mencapai objektif Pelan Tindakan Penguatkuasaan Menangani Isu Kutipan Derma Di Kalangan Kanak-Kanak di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemerkasaan Penguatkuasaan Inter Agensi dengan melaksanakan Ops Kutip 2.0 ini.Namun pada tahun ini, fokus operasi penguatkuasaan adalah kepada individu atau kumpulan yang mengutip derma atau pungutan khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri.

Dalam kebanyakan kes seperti kes pengemisan, gelandangan, pemerdagangan orang, sindiket atau unsur eksploitasi serta kes-kes lain, ianya tertakluk di bawah undang-undang lain yang sedia ada di bawah bidang kuasa agensi-agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen dan sebagainya. Di antara undang-undang yang berkaitan dengan isu pungutan derma adalah seperti yang berikut:

  1. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri/ Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah;
  2. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611);
  3. Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155);
  4. Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) ; dan
  5. Akta Pungutan Rumah Ke Rumah Dan Di Jalan 1947 (Akta 200).

Selaras dengan itu, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim dengan kerjasama JAIN, telah melaksanakan Ops Kutip 2.0 yang bermula daripada 6 Jun 2016 hingga 30 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437 hingga 25 Ramadhan 1437H. Sepanjang sesi pemantauan dan operasi yang dilaksanakan oleh pihak Bahagian Penguatkuasaan JAIN bersama Jakim, sticker dan flyers berkaitan kesedaran awam untuk menyalurkan bantuan, derma, sedekah atau khairat kepada saluran yang betul turut diedarkan kepada masyarakat di tempat tumpuan seperti Bazar Ramadhan, premis bank, premis stesen minyak, pusat membeli belah dan lain-lain.

Ops JAWI Putrajaya

 

OPS JAWI

 

Ops JAWI3

 

Ops JAWI2

 

Ops JAIJ

 

Ops JAIS

 

Ops JAIS2

 

Ops JHAEIK

 

Ops JHEAIK2

 

Ops JAIM

 

Ops JAIM2