Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA : 11 Oktober, seramai 37 orang pelajar beserta 3 orang guru pengiring SMA Taufikiah Khairiah al-Halimiah dan Maahad Tahfiz Sains Taufikiah Khairiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya, Guar Chempedak, Kedah Darul Aman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal Jakim, Putrajaya.

Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 6, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu diisi dengan sesi perkongsian maklumat berkaitan fungsi Bahagian Hab Halal Jakim dan isu-isu halal semasa serta kepentingan Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni lawatan pelajar kali ini ialah Puan Marzita Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim. Semoga dengan lawatan seumpama ini akan meningkatkan lagi kesedaran khususnya dalam kalangan pelajar berkenaan Pensijilan Halal Malaysia.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN PONDOK PAK YA 11102018 1

LAWATAN pondok PAK YA 4 11102018

LAWATAN PONDOK PAK YA 11102018 2

LAWATAN PONDOK PAK YA 11102018 3