Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
KUALA LUMPUR – Misi melebar risalah, menyantuni ummah berjaya diterjemahkan menerusi penganjuran Program Pengenalan dan Kesedaran Halal Malaysia. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 29 hingga 31 Oktober semalam merupakan satu usaha sama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan FAMA dalam menyempurnakan misi untuk memberikan kesedaran halal kepada kakitangan FAMA dari seluruh Malaysia khususnya bagi membantu usahawan-usahawan di bawah bimbingannya kelak.
 
Kerjasama strategik antara kedua-dua agensi ini menjadi satu titik tolak ke arah menjadikan usahawan-usahawan di bawah bimbingan FAMA mencapai pensijilan halal Malaysia secara total pada masa hadapan.
 
Puan Siti Rahmaniah Binti Bachok, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dalam ucapan aluannya semasa Majlis Perasmian program tersebut menyatakan bahawa agensi-agensi pembimbing usahawan ini diharapkan dapat berperanan untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan membantu usahawan dalam konteks mendidik serta menarik minat mereka untuk memohon pensijilan halal Malaysia. Pada masa yang sama JAKIM sentiasa mengalu-alukan lebih ramai pemain industri kecil dan sederhana untuk bersama-sama di persada pensijilan halal Malaysia.
 
Tuan Haji Ishak Bin Ismail, Pengerusi FAMA ketika menyampaikan ucapan perasmian program amat berpuas hati dengan kerjasama yang disambut oleh JAKIM dan sangat berharap agar kerjasama yang terjalin seumpama ini akan diteruskan. FAMA amat komited dalam membantu usahawan untuk memperolehi pensijilan halal Malaysia agar mereka dapat beraksi setanding dengan pemain industri halal sedia ada. 
 
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 1
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 2
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 3
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 4
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 5
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 6
 
JAKIM Sahut Panggilan dan Penuhi Hasrat FAMA 7