Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah dan Institut Islam Hadhari (IIH) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Intellectual Discourse for International Students pada 15 Mac 2016 di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Dengan tema Best Practices of Islamic Approach in Malaysia, program ini berjaya menarik lebih 170 orang pelajar antarabangsa dari institut pengajian tinggi sekitar Putrajaya.
 
Program ini menampilkan beberapa orang tokoh sebagai pembentang seperti Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman, UKM, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, Penyandang Kursi A. Fahim, IIH UKM, Puan Anis Zuhani Ahmad dari Lembaga Tabung Haji dan Dr. Nik Roskiman Abdul Samad dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki. Dalam ucapannya, Dato’ Dr. Asyraf berkongsi pengalaman Malaysia dalam membangunkan Islam secara evolusi dan berperingkat-peringkat. Beliau menjelaskan walaupun jumlah penduduk umat Islam di Malaysia lebih kurang 60% sahaja tetapi pelbagai agenda, polisi dan program Islam dapat dilaksanakan secara sepadu baik dalam aspek pendidikan, ekonomi dan kewangan, pentadbiran, perundangan, sosial dan sebagainya kerana Perlembagaan memberikan kuasa jelas kepada pemerintah berasaskan Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, YBhg Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Dato' Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, dan Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Dato’ Haji Ali bin Mohammed.
 
did2016 03
 
did2016 02
 
did2016 1
 
did2016 4
 
did2016 05
 
did2016 06
 
did2016 07
 
did2016 8