Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM dan Penyerahan Sumbangan kepada Wakil Barisan Hadapan Covid -19
 
30 Mac 2020: Tabung MUSA’ADAH COVID19 JAKIM telah dilancarkan pada 24 Mac 2020 yang lalu, mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelbagai badan korporat dan orang ramai.  YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah Covid-19 dan Penyerahan Sumbangan Kepada Wakil Barisan Hadapan Covid-19. Turut hadir dalam Majlis tersebut iailah YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary Timbalan Menteri di JPM, YBrs Puan Hajah Hakimah bt Yusoff Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBrs Tuan Haji Aziz bin Hj Mohamad Pengarah Kanan Bahagian Dakwah , JAKIM dan YBrs En. Mohd Muazzam bin Mohamed Ketua Pegawai BIMB Holding Bhd merangkap CEO Bank Islam Malaysia Berhad.
Dana yang diperolehi disalurkan terus kepada petugas-petugas yang mewakili  barisan hadapan (frontliners) merentasi agama dan bangsa bagi membantu menangani COVID-19. Mereka yang menerima sumbangan tersebut  terdiri daripada    wakil Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Besar Putrajaya , wakil Kader JAKIM di KKM , wakil Pasukan Pengurusan Jenazah  dan mereka yang telah dikenalpasti terkesan akibat wabak ini.
 
Dalam majlis tersebut, pihak Bank Islam Malaysia Berhad yang juga merupakan anak syarikat Tabung Haji (TH) turut menyampaikan sumbangan sebanyak 1 juta ringgit kepada YB Menteri untuk Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM.  Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Islam Malaysia Berhad dan seluruh masyarakat yang bermurah hati menyumbangkan dana kepada Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM bagi meringankan beban dan tanggungan mereka yang terjejas akibat wabak ini.

Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 1
 
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 2
 
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 3
 
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 4
 
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 5
 
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 6
 
Majlis Penyampaian Sumbangan ke Tabung Musaadah 7