Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (14 - 15 JULAI 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Bengkel Dakwah Kreatif Siri 1 / 2020. Bengkel ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jakim. Perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah.

Keutamaan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran mengaplikasikan dakwah digital melalui peralatan mudah alih di samping penerapan nilai Islam dalam pengunaan aplikasi media sosial. Selain itu bengkel ini juga menjadi platform pendedahan kepada peserta trend penggunaan media baharu sebagai medium komunikasi masyarakat khususnya generasi muda.

Lambakan dan kepelbagaian kaedah yang telah dilakukan bertujuan mengeksploitasi atas tujuan-tujuan yang tertentu bahkan sehingga satu tahap boleh mengelirukan masyarakat dengan aktiviti pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan syariat dan dasar Negara.

Justeru satu tindakan secara bersama haruslah diambil bagi tujuan mendidik masyarakat agar menjaga keselamatan diri dan keluarga sepertimana yang ditetapkan melalui maqasid syariah (Penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta). JAKIM sebagai Agensi Pusat yang menguruskan Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan mengambil manfaat ini dalam usaha memastikan pengunaan media sosial dan pengaliran maklumat yang telus, berhemah, berdakwah dan memberi impak yang positif kepada seluruh lapisan masyarakat.

Antara pengisian Bengkel ini ialah : Media Sosial dan Teknik Penulisan Kreatif, Asas Pembinaan Infografik, Asas Pembinaan Audiovisual dan Teknik PHOP.

 

 

 

Hariri

 

 

b3a44709 072b 438f 807b 830c0db09975

 

 

c174392a 9cdb 40a8 bcb2 1272ae446c27

 

 

35275cee ade2 4d47 92de f132a002b832

 

 

d3a63a3a 77c3 460e 8ad0 2ce0a6decb77

 

 

4c7839eb 26d7 450f 91e5 208b10baddcc copy

 

 

 

919053b6 8bd4 423d 9126 efbf34ff7f47

 

 

Pemenang Tempat Kedua

 

 

Pemenang Video Terbaik