Kurator Berita : Bahagian Dakwah

SUNGAI DUA, KLANG (25 Ogos 2020) - telah diadakan Program Ziarah Mahabbah dan Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang Asli di KOA Sg Dua, Pulau Ketam, Klang, Selangor. Program telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama JAKOA, MACMA, JAIS dan Yayasan Khalifah. Program telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM Tuan Haji Aziz bin Mohamad.

Pengisian program diadakan aktiviti Ramah Mesra bersama penduduk, ziarah mahabbbah ke rumah penduduk dan juga turut diadakan penyampaian sumbangan makanan kepada 20 KIR. Semoga dengan aktiviti atau program seumpama ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka dgn sumbangan yang diberikan serta mampu mengurangkan bebanan mereka di kala suasana pandemik covid 19 yang melanda negara dan dunia kini.

 

66

 

 

22

 

 

33

 

 

55