Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PERSIDANGAN  JAWATANKUASA BERTINDAK (FOCAL POINT) MENANGANI GEJALA SOSIAL BIL.6 TAHUN 2016
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK)  telah mengadakan Persidangan  Focal Point Menangani Gejala Sosial Bil.6 bagi tahun 2016 pada 16-17 Mac  2016 bertempat di Concorde Inn KLIA. Persidangan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna Insan Jakim.
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 1
YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna Insan Jakim Mempengerusikan Persidangan
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 2
Puan Sabariah binti Salleh sedang membentangkan Mekanisme Pelaksanaan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 3
Us Saiful Azhar Saadon (perkongsian makluman berkaitan program LGBT
 
Persidangan dimulakan dengan ucapan aluan TKPI , melihat laporan persidangan Jawatankuasa Bertindak (Focal Point) Menangani Gejala Sosial Kali Ke-5/2015, membincangkan kertas berkaitan cadangan  untuk melihat mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender .. Seterusnya dalam persidangan ini juga membincangkan konsep untuk membangunkan modul rawatan dan pemulihan kepada golongan kecelaruan gender. Pembangunan modul ini merupakan salah satu dari strategi untuk menangani gejala sosial sebagaimana  yang tercatat dalam Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender
 
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial  Kecelaruan Gender telah digubal oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), KPWKM, LPPKN, KKM, ahli-ahli akademik dan  NGOs  Islam bagi membolehkan peranan yang lebih berkesan dan proaktif dalam membenteras masalah-masalah sosial  khasnya isu kecelaruan gender yang melibatkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 4
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 5
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 6
 
Ahli persidangan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Jabatan Agama Islam Negeri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam , badan bukan kerajaan dan bahagian-bahagian di Jakim.
 
Persidangan Jawatankuasa Bertindak Focal Point 2016 7