Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

 

PADA 26 Julai 2017, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Sekreteariat Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI), Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Persidangan Meja Bulat Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) Siri 2/2017 bertempat di Hall 9 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan ini khusus membincangkan Program Pembangunan Insan (Program Kerohanian) yang dilaksanakan kepada penghuni wanita yang ditempatkan pusat-pusat pemulihan dan perlindungan di Malaysia seperti penjara, pusat serenti, rumah perlindungan dan seumpamanya.

 Bagi mendapat hasil perbincangan yang komprehensif, Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) serta ketua-ketua/wakil-wakil agensi dan pusat-pusat pemulihan dan perlindungan seperti penjara, pusat serenti, rumah perlindungan dan seumpamanya samada dikendalikan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan telah dijemput menghadiri persidangan ini.

 Ahli persidangan bukan sahaja dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dalam melaksanakan program-program pembangunan insan kepada wanita yang terlibat dengan isu-isu gejala sosial, namun turut di dedahkan dengan saranan dan pandangan daripada PISWI dalam melaksanakan program-program pembangunan insan, iaitu program kerohanian bagi pembentukan keperibadian wanita Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Persidangan dimulakan dengan empat (4) pembentangan kertas, iaitu:

 

  1. Tajuk: Keperluan Bimbingan Wanita Yang Terlibat Dalam Gejala Sosial dan Tindakan Berisiko

Oleh: YBhg. Dr. Fariza binti Md. Sham

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Merangkap Ahli Jawatankuasa Pemikir Sosial Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

 

  1. Tajuk: Islam dan Hak Asasi Manusia Dari Sudut Keperluan Sosial dan Pendidikan

Oleh: YBhg. Datin Prof. Dr. Raihanah binti Abdullah

Jabatan Syariah dan Undang-undang

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Merangkap Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

 

  1. Tajuk: Program Pembangunan Insan di Penjara Wanita Kajang: Suatu Perkongsian

Oleh: YBhg. PPK Zamiah @ Zamian binti Parman

Pengarah

Jabatan Penjara Wanita Kajang

 

  1. Tajuk: Remaja Wanita dan Keterlibatan Dalam Tindakan Berimpak Sosial:Program Pemulihan dan Bimbingan

Oleh: YBhg. Puan Wan Zarina binti Wan  Salleh

Pengarah

Bahagian Kaunseling dan Psikologi

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Di akhir persidangan draf resolusi persidangan telah dibentangkan oleh Yang Berusaha Encik Halim bin Ahmad Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti. Resolusi yang dicadangkan melalui persidangan kali ini akan disyorkan untuk perhatian agensi-agensi yang berkaitan dalam pengurusan dan penyeliaan pusat-pusat pemulihan dan perlindungan bagi wanita Islam.

 YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim telah hadir merasmikan persidangan ini. Beliau  mengucapkan tahniah dan syabas kepada PISWI atas pelaksanaan persidangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail ini dan mengharapkan agar ruang ini dapat dimanfaat sepenuhnya untuk pembangunan ummah, Islam serta memberi nilai tambah kepada program pembangunan insan, khususnya kepada wanita yang terlibat dalam tindakan berisiko agensi-agensi yang terlibat. Penganjuran ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa Jakim sentiasa berusaha untuk memperkasakan National Blue Ocean Strategies (NBOS) yang penyampaian perkhidmatannya.

BERITA 2

 

BERITA 1

 

BERITA 3

 

BERITA 4

 

BERITA 6

 

BERITA 7

 

BERITA 8