Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

Pada 23 April 2019, jam 2.30 petang Unit PKKSK, JAKIM telah membuat lawatan balas kunjung hormat ke Masjid Khalid Al-Walid (Masjid MINDEF) di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Wakil dari Unit PKKSK, Jakim seramai 2 orang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan serta Penolong Pengarah Kanan (Unit PKKSK) telah ke sana dengan tujuan untuk melihat prasarana yang ada, terutama berkaitan Pusat Kaunseling Islam Al Ghazali dan Pusat Rawatan Islam Ibnu Sina yang telah beroperasai sejak tahun 2016. Perancangannya ialah, di masjid tersebut akan dilebarkan perkhidmatan KSKCareCentre sebagaimana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menyambut kedatangan kami selaku wakil PKKSK, JAKIM ialah YBhg. Brig. Jen. Dato Hj Nawawi bin Daud (Timb Ketua Pengarah Operasi KAGAT, merangkap Timb. Pengerusi Masjid), dan YBrs. Tuan Mejar Alias Bin Mohamed (Pegawai Masjid / Kaunselor di pusat kaunseling KAGAT) beserta pegawai-pegawai yang lain.

pkksk01

Sesi ramah mesra dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari YBhg. Brig. Jen. Dato Hj Nawawi bin Daud. Seterusnya beliau membentangan aktiviti masjid melalui slide presentation. Tuan Mejar Alias Bin Mohamed membentangkan statistik kes kaunseling di Pusat Kaunseling Islam Al-Ghazali. Kemudian kami diperkenalkan oleh beliau kepada YBhg. Kol. Dato' Ab Jabar bin Mohd Aris, Pengarah Operasi KAGAT, dan anggota bertugas yang lain. Ucapan ringkas aluan dibalas oleh YBrs. Ustaz Che Alias Bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK, JAKIM.

Kemudian kami dibawa melawat ke Pusat Rawatan Islam Ibnu Sina yang menempatkan bilik rukyah dan bilik bekam serta Pusat Kaunseling Islam Al-Ghazali yang terdiri dari bilik untuk sesi kaunseling individu dan bilik kaunseling keluarga.

pkksk02

pkksk03

 

Kami juga dibawa ke Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) yang turut berada dalam bangunan masjid tersebut. Selain dari itu, kami dibawa ke tempat foodbank yang diberi nama Gerobok Rezeki bagi membantu orang awam sekitar yang susah.

pkksk04

 

Sejurus selepas itu, kami dijemput ke meja jamuan untuk minum petang, ucapan penutup dibuat oleh Ustazah Yuhaniz Binti Mohd Yusop; Penolong Pengarah Kanan, Unit PKKSK, JAKIM. Diharapkan pertemuan ini mampu membuka ruang dan peluang yang berterusan dalam menyemai semangat kerjasama dan toleransi bagi memastikan keberhasilan dalam melaksanakan KSKCareCentre dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya. 

 

pkksk05