Kurator Berita : Bahagian Penerbitan

     Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Pertandingan Menulis Artikel Agama Mengenai Al-Qur’an sebagai Sumber Ilmu dan Kehidupan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 tahun 1440H/2019M.

     Seramai 102 penyertaan telah diterima dan lebih membanggakan apabila dua daripadanya merupakan non-Muslim yang turut menyertai pertandingan ini.

     Artikel “Keluhuran Al-Qur’an Sebagai Perlembagaan Hidup, Manifestasi Rahmat Sekalian Alam”dinobatkan sebagai karya terbaik. Penulisnya Muhammad Fahmi Bin Md Ramzan, Segamat, Johor berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00, Sijil Penghargaan beserta hadiah iringan yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Putrajaya, Majlis penyampaian berlangsung sempena Majlis Apresiasi MTHQA & MTHQK 1440H/2019M pada 17 Julai 2019M / 14 Zulkaedah 1440H (Rabu) di Dewan Serbaguna Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.

Manakala empat karya pilihan sagu hati terbaik menerima wang tunai berjumlah RM500.00 dan Sijil Penghargaan dimenangi oleh:

1.Mohd Faiz Hadi Bin Mohd Sanadi, Bangi, Selangor

2.Ong Ma Vin, Bayan Lepas, Pulau Pinang

3.Noor ‘Ain Binti Mustaffa Johari, Tronoh, Perak

4.Siti Hasinawati Binti Hassan, Batu Caves, Selangor

webbanner PEMENANG

pemenang 550x392EELL8814TJXL3154