Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bangi, 28 Februari 2019 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pendidikan buat julung kalinya telah mengadakan Konvensyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Konvensyen tersebut telah dihadiri oleh 230 orang Mudir Pondok, di samping lebih 70 orang tetamu jemputan yang mewakili jabatan kerajaan, Universiti Awam (UA), NGO pondok dan agensi swasta.
 
Antara tetamu jemputan ialah YBhg.Tan Sri Dato’ Sri Dr.Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abd. Majid, Timbalan Pengerusi LEPAI, Y.Bhg. Datuk Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, JAKIM dan YBhg. Prof. Dato’ Paduka Zakaria bin Stapa, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Dan Kurikulum LEPAI.
 
Antara objektif penganjuran adalah untuk meneliti pengurusan kurikulum yang diguna pakai di seluruh pondok, menentukan hala tuju lepasan pondok dalam memenuhi keperluan pembangunan Negara dan mewujudkan sistem pengajian Pondok moden “Model Malaysia”.
 
Perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memberi penekanan kepada peranan besar dalam merealisasika konsep dan harapan untuk mewujudkan ‘Pondok Moden Model Malaysia’ bagi memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia.
 
Salah satu Kertas Kerja yang telah dibentangkan adalah “Kurikulum Pondok Abad 21 : Model Malaysia” oleh Prof Madya Dr. Ruzman Mohd Noor dan Dr. Abdul Muhsin bin Sulaiman dan Dr. Mohd Ikhlas bin Rosele selaku moderator yang merupakan tenaga pakar dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

KONVENSYEN PONDOK MELABUHKAN TIRAINYA 1
 
KONVENSYEN PONDOK MELABUHKAN TIRAINYA 2
 
KONVENSYEN PONDOK MELABUHKAN TIRAINYA 3
 
KONVENSYEN PONDOK MELABUHKAN TIRAINYA 4
 
KONVENSYEN PONDOK MELABUHKAN TIRAINYA 5
 
KONVENSYEN PONDOK MELABUHKAN TIRAINYA 6