Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
BENGKEL HALA TUJU PENGURUSAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU ‘AIN (KAFA) DAN
TEAM BUILDING PEGAWAI DAN PENYELIA KAFA TAHUN 2019
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building Pegawai dan Penyelia KAFA pada 4 hingga 6 November 2019 bersamaan 7 hingga 9 Rabiulawwal 1441H bertempat di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin Melaka.
 
Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam (BPPI) JAKIM yang ditubuhkan berfungsi untuk menyelaras pengurusan KAFA dan Sekolah Agama seluruh Malaysia. Seterusnya pada Disember 2010, penstrukturan semula bahagian di JAKIM dilaksanakan dengan menubuhkan Bahagian Kemajuan Islam (BKI) yang berfungsi menguruskan hal ehwal berkaitan masjid, KAFA dan Sekolah Agama serta menyelaras Mesyuarat Utama JAKIM serta dasar hal ehwal Islam dan Pendidikan Islam. Kemudian bermula pada 1 Disember 2018 Cawangan Pengurusan KAFA dan Sekolah Agama dinaiktaraf menjadi satu bahagian baharu di JAKIM yang dinamakan sebagai Bahagian Pendidikan diketuai oleh Pengarah gred S54 dengan kekuatan kakitangan seramai 31 orang.
 
Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menyatukan fikrah dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara JAKIM dan agensi pelaksana di negeri-negeri. Dalam pada itu juga, melalui program ini diharapkan ia mampu meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli dalam pengurusan KAFA di JAKIM dan negeri dan seterusnya dapat membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
 
Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah menghimpunkan seramai 41 orang pegawai dan penyelia KAFA seluruh Malaysia iaitu 14 orang daripada Bahagian Pendidikan dan 27 orang daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/Yayasan Islam Negeri.
 
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang kursus ini antaranya ialah slot ceramah bertajuk “Kesatuan Fikrah Dalam Memacu Organisasi” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Pahrol bin Mohamad Juoi. Seterusnya bagi meningkatkan komunikasi yang berkesan dan kerjasama berpasukan yang terbaik, peserta diberi tugasan secara berkumpulan melalui aktiviti fizikal outdoor iaitu Water Rafting dan Crazy Compass, Ice Breaking, Flying Fox dan memanah.
Majlis Perasmian pembukaan kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM.
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 1
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 2
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 3
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 4
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 5
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 6
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 7
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 8
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 9
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 10
 
Bengkel Hala Tuju Pengurusan KAFA dan Team Building 11