Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah  siap membina modul pentaksiran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pada awal tahun 2020. Bagi memastikan modul ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, sebanyak 2 siri Kursus Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Pendidikan Guru KAFA telah diadakan pada 5-6 Ogos  dan 16-17 Ogos 2020 bertempat di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2). Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan berkaitan kaedah pentaksiran KAFA yang akan diperkenalkan nanti. 
 
Peserta kursus pula terdiri daripada guru-guru KAFA di sekolah tersebut yang mana mereka akan dilatih untuk menjadi pembimbing latihan (jurulatih utama) pada masa akan datang. Manakala modul yang digunakan dalam kursus ini ialah modul pentaksiran kendiri (self assessment). 
 
Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Fauziah binti Razap, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pentaksiran dan Pembiayaan, mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan. Diharap dengan adanya kursus seperti ini, para guru KAFA dapat menjadikan pentaksiran KAFA sebagai salah satu medium untuk mengaktifkan murid dalam pembelajaran.
 
1
 
WhatsApp Image 2020 08 19 at 8.25.21 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 19 at 8.35.05 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 19 at 8.35.06 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 19 at 8.35.06 AM 1
 
WhatsApp Image 2020 08 19 at 8.35.06 AM 2
 
2
 
Bahagian Pendidikan
JAKIM.