Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Putrajaya, 24 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pembangunan Kurikulum Kelas Al-Qur’an dan Fardu Ain (KAFA) Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk disesuaikan dengan Kurikulum KAFA Baharu yang mula digunapakai tahun 2020.

Bengkel yang telah dijalankan pada 22 hingga 24 Julai 2020 di Kompleks Islam Putrajayatelah dihadiri oleh 20 orang Pensyarah Institut Pendidikan Guru, pegawai Bahagian Dasar dan Kemajuan Islam JAKIM, pegawai Bahagian Pendidikan JAKIM, penyelia dan guru KAFA. Antaranya adalah empat orang panel dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi iaitu Dr. Mohd Bakri bin Aziz@Saari, Dr. Khairul Anuar bin Abu Othman,Dr. Muhamad Ziyad bin Mokhtardan Dr. Mohd Huzairi bin Awang@ Husain, serta dua orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas Iaitu Datin Muhibbah bt Hj Nor dan Dr. Hajarul Bahti bt Zakaria.

Antara objektif adalah menyediakan kurikulum untuk murid MBK bersesuaian dengan Kurikulum KAFA Baharu yang mula dilaksanakan di seluruh Malaysia. Bengkel tersebut juga bertujuan melahirkan murid KAFA MBK yang mempunyai asas Al-Qur’an dan Asas Fardu Ain.

YBhg Tuan Haji Mohd. Anuar bin Abd. Rani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM telah merasmikan kursus tersebut dan telah memberi maklum penambahbaikan Kurikulum KAFA MBK memberi penekanan kepada 2 aspek berikut :

  1. Menekankan aspek adab dan nilai dalam kurikulum KAFA menerusi penghayatan secara praktikal, simulasi dan merentasi kurikulum mata pelajaran yang lain.
  1. Penumpuan kepada Tilawah Al-Qur’an.
bengkel mbk
 
bengkel mbk 1
 
bengkel mbk 2
 
Bahagian Pendidikan
JAKIM