WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA: Sebanyak 7,426 sijil pengesahan halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu hingga kini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata ia merangkumi tujuh skim pensijilan halal diperkenalkan JAKIM iaitu produk makanan dan minuman, barang gunaan, premis makanan, rumah sembelih, logistik, farmaseutikal dan kosmetik serta dandanan diri.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 78,232 produk makanan dan minuman, produk kosmetik (2,129), produk farmaseutikal (1,418) dan barang gunaan (2,808) dipersijilkan halal.

“Selain itu, sebanyak 242 rumah sembelihan turut menerima pensijilan halal dalam tempoh sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada sembilan syarikat dan premis yang berjaya memperoleh sijil halal JAKIM di sini, hari ini.

Katanya, pematuhan prinsip syariah, kebersihan, kesucian dan keselamatan yang ditetapkan dalam Halal Malaysia menjadikan Malaysia sebagai rujukan negara luar daripada segi pensijilan.

Mohamad Nordin berkata, sehingga 1 November lalu, JAKIM mengiktiraf 75 badan pensijilan halal dari 43 negara termasuk Lithuania dan Kazakhstan.

“Ini menunjukkan Malaysia adalah rujukan badan dunia dalam konteks pensijilan halal berikutan standard yang dibangunkan memenuhi kriteria antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya JAKIM sentiasa memantau isu status halal ayam sembelihan yang sering menjadi viral di media sosial hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya yang beragama Islam.

“Pemantauan dan siasatan sentiasa dibuat oleh JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal serta kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi penguat kuasa lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“JAKIM juga akan mengadakan sesi dialog serta perbincangan bersama agensi berkaitan seperti majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri, KPDNHEP, pihak berkuasa tempatan (PBT), industri, tokoh akademik dan lain-lain untuk mendapatkan pandangan serta cadangan bagi menyelesaikan isu penyembelihan halal ini.

“Justeru orang ramai dinasihatkan tidak terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan dan salah faham dalam masyarakat. Mereka perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab yang terbabit dalam menjalankan siasatan, pemantauan dan dakwaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAKIM telah membangunkan aplikasi telefon pintar Verify Halal yang menjadi medium pantas kepada pengguna untuk memperoleh maklumat berkaitan status halal produk di pasaran.

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmatanlilalamin

BERITA SERAH SIJIL 2018 UTAMA 1

BERITA SERAH SIJIL 2018 2

BERITA SERAH SIJIL 2018 3

BERITA SERAH SIJIL 2018 4

BERITA SERAH SIJIL 2018 5

BERITA SERAH SIJIL 2018 6

BERITA SERAH SIJIL 2018 7

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Januari 2019.
Jumlah Pelawat :12257917