WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 3 Januari - Membuka tirai 2019, Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari pihak F&N yang dihadiri oleh Encik Akhtar Husseini Mohd Nor, Ketua Pengurusan Halal dan Puan Noranida Radzuan Timbalan Pengurusan Halal syarikat berkenaan.

Pertemuan serta perbincangan yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Putrajaya bertujuan untuk membincangkan isu-isu halal dan maklumat terkini pembangunan aktiviti halal di syarikat berkenaan dalam usaha membantu merancakkan agenda memperkasa kefahaman berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni lawatan kali ini, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimme, Pengarah Majlis Halal Malaysia dan YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai dari kedua-dua bahagian ini.

Semoga dengan pertemuan seumpama ini akan terus mengeratkan hubungan antara agensi agama dan pemain industri Halal di Malaysia dan secara tidak langsung membantu untuk membangun kapasiti halal Malaysia dengan lebih meluas.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmatanlilalamin

BERITA INDUSTRI 03012019 UTAMA 1

BERITA INDUTRI 03012019 2

BERITA INDUSTRI 03012019 3




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Januari 2019.
Jumlah Pelawat :12257916