Kurator Berita : Masjid Putra

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong anjuran Masjid Putra, JAKIM dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dilaksanakan pada 7 Oktober 2015 bertempat di Masjid Putra Putrajaya. Penyertaan diterima seramai 270 peserta yang menghadiri konvensyen terdiri daripada Jabatan Agama Negeri, pelajar IPTA/S, agensi kerajaan dan NGO serta orang awam sekitar Putrajaya. Majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Y.Brs. Tn Haji Mohamad Nordin b. Ibrahim, Timb. Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM diiringi  Tn. Hj. Abd. Manaf Mat (Imam Besar Masjid Putra) dan Pn. Hjh. Hazizah bt. Yusof (Ketua Pen. Pengarah BKI, JAKIM) . Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan pameran dari PNM, Bhgn Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, Bhgn Hub Halal JAKIM, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Majlis Penutup disempurnakan oleh Y.Bhg Dato` Ali bin Mohamed Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM.

 

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 1

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 2

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 3

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 4

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 5

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 6

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 7

Konvensyen Perpustakaan Masjid Pelancong 8