Kurator Berita : Masjid Putra
PROGRAM SEMARAK MAHABBAH MASJID PUTRA : LANGKAH MEMPERKASA PERANAN DAN INSTITUSI MASJID

PUTRAJAYA – Penganjuran Program Semarak Mahabbah dengan tema “Mahabbah Untuk Semua” telah berjaya mencapai objektifnya apabila mendapat sambutan dari kalangan warga masyarakat dan komuniti Putrajaya.

Semarak Mahabbah siri pertama ini merupakan langkah awal Masjid Putra dalam usaha mempelbagaikan aktiviti serta melebar luas peranan dan memperkasa institusi masjid selain menyemai tanggungjawab dan keprihatinan agensi-agensi terlibat untuk faedah dan kebaikan kepada masyarakat setempat khususnya warga Putrajaya.

Sebanyak 13 Agensi telah berkolaborasi dalam menjayakan acara ini antaranya ialah Pusat Darah Negara, Lembaga Tabung Haji, Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Bahagian Halal Jakim dan lain-lain.

Menurut Ustaz Abdul Karim bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra, Program Semarak Mahabbah ini akan diadakan secara berkala dengan kekerapan empat kali pada tahun 2020 berdasarkan tarikh yang telah dipersetujui bersama agensi terlibat khususnya Pusat Darah Negara.

Antara aktiviti yang diadakan ialah :
• Kempen Derma Darah
• Pemeriksaan Kesihatan secara percuma
• Pameran Agensi-agensi Kerajaan dan Swasat
• Jualan Buku, Kitab dan lain-lain.

Penglibatan Badan Beruniform seperti RELA menarik perhatian dan pujian warga komuniti bila mana mereka turun beramai-ramai bagi menderma darah bersama Pusat Darah Negara.

Turut berkesempatan melawat tapak program, Imam Besar Masjid Putra, Haji Ikmal Zaidi bin Hashim, Ustaz Haji Abdul Karim bin Zakarian, Ustaz Haji Lukman bin Mohd Hosni, Ustaz Haji Ahmad Termizi bin Zainuddin, Ustaz Haji Shamsul Bahari bin Dahalan serta Pegawai-pegawai Masjid Putra.
 
Semarak Mahabbah 2020 1
 
Semarak Mahabbah 2020 2
 
Semarak Mahabbah 2020 3
 
Semarak Mahabbah 2020 4
 
Semarak Mahabbah 2020 5
 
Semarak Mahabbah 2020 6
 
Semarak Mahabbah 2020 7
 
Semarak Mahabbah 2020 8
 
Semarak Mahabbah 2020 9
 
Semarak Mahabbah 2020 10
 
 
© 2020, Unit Khidmat Sosial Masjid Putra.