WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Pensijilan Halal Malaysia yang bertaraf dunia terus menjadi perhatian industri dari pelbagai sektor dan peringkat baik mikro hingga ke multinasional. Kepelbagaian skim pensijilan halal yang diperkenalkan oleh JAKIM kepada pihak industri sudah pasti membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada mereka untuk mengetahui dan mendapatkan pensijilan halal.

Hal ini dapat dilihat apabila Syarikat NL Cold Chain Network (NLCCN) yang merupakan gabungan syarikat logistik Malaysia dan Jepun telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM pada 18 Januari 2019 bagi membincangkan ruang dan peluang mengenai permohonan pensijilan halal logistik bagi syarikat bersekutu di luar negara.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir bersama pegawai-pegawai kanan bahagian ini turut menyantuni lawatan yang diketuai oleh CEO NLCCN, Koichi Iwahara di Kompleks Islam Putrajaya.

Dengan status sebagai pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang pertama dalam skim logistik halal, CCN bakal merealisasikan hasrat untuk memperluaskan lagi pensijilan halal bagi skim logistik ke Jepun.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN NLCCN 1 18012019 UTAMA

LAWATAN NLCCN 2 18012019

LAWATAN NLCCN 3 18012019




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mei 2019.
Jumlah Pelawat :12295078