WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 26 Jun 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM berbesar hati menyantuni lawatan sambil belajar dari Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka yang terdiri daripada 29 orang penuntut dan 7 orang pensyarah.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Nurul Ain binti Khirul Salleh yang merupakan pensyarah subjek Pensijilan Halal di kolej berkenaan bertujuan untuk memperoleh informasi lanjut berkaitan prosedur pensijilan halal Malaysia.

Tuan Mohd Nasir bin Sulaiman dari Seksyen Komunikasi Korporat dan Puan Asiah binti Alkharib Shah dari Seksyen Proses, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM turut bersama meluangkan masa berkongsi informasi melalui sesi taklimat tersebut.

Melalui lawatan seumpama ini, para penuntut berpeluang berinteraksi secara terus dengan pihak berautoriti untuk memperolehi maklumat yang tepat mengenai ekosistem halal di Malaysia. Di samping itu, para pensyarah jua turut berkongsi pandangan dan cadangan untuk memperkasa profesion halal di masa akan datang.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN KOLEJ MARA UTAMA 1 26062019

LAWATAN KOLEJ MARA 1 26062019

LAWATAN KOLEJ MARA 2 26062019

LAWATAN KOLEJ MARA 326062019

LAWATAN KOLEJ MARA 4 26062019

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 Disember 2019.
Jumlah Pelawat :12362154