WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, 07 Ogos 2019 - Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM melakar sejarah tersendiri apabila terlibat secara langsung dalam menerima kunjungan mengejut tetamu diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.
 
Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh bahagian ini ialah penyediaan kaunter khusus Halal Malaysia yang dibuka bermula 06 Ogos 2019 di lobi utama Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Kaunter halal ini turut menjadi perhatian rombongan tetamu diraja dalam memperoleh info-info berkaitan Pensijilan Halal Malaysia serta aktiviti-aktiviti halal semasa yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM.
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencemar duli ke Kompleks Islam Putrajaya hari ini telah disambut oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Nordin Ibrahim bersama pengarah-pengarah Bahagian dan warga JAKIM. Turut serta meraikan tetamu diraja hari ini ialah YBhg. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr.  Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 1
  
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 2
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 3
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 4
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 5
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 6
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 7
 
Halal Malaysia Menjadi Tumpuan Tetamu Diraja 8



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Ogos 2019.
Jumlah Pelawat :12329187