WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

SEBERANG PERAI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa berusaha dan komited untuk meneruskan agenda pembangunan dan pemerkasaan bagi memangkin kesedaran halal dalam kalangan usahawan nasional. Sasaran yang diletakkan adalah memastikan usahawan-usahawan khususnya usahawan bumiputera memahami skop pensijilan halal Malaysia dengan lebih bersepadu dan komprehensif melalui kerjasama strategik bersama agensi pembimbing.
 
Melalui pendekatan yang lebih mesra dan turun padang, JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal dengan kerjasama PLUS Sdn Bhd buat julung kalinya telah menganjurkan Program Pengenalan dan Kesedaran Halal kepada pengusaha di lokasi Rehat & Rawat (R&R). Bersesuaian dengan konsep Rahmah dan Santuni Ummah, program jelajah siri pertama ini telah berjaya dilaksanakan pada 22 Oktober 2019 di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Seramai 80 orang rakan niaga PLUS telah direkodkan hadir dan dihimpunkan dari Wilayah Utara merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
 
Siri Jelajah ini akan diteruskan ke Wilayah Selatan dan Wilayah Tengah pada 31 Oktober 2019 dan 11 November 2019.  Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Encik Bukhari Md Akhir ketika ditemui menyatakan bahawa agenda dan usaha ini tidak lain tidak bukan agar pihak industri mampu menterjemahkan dengan baik Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Usaha ini juga sangat bertepatan untuk dilaksanakan bersama agensi-agensi pembimbing usahawan agar impak positifnya lebih besar dan mereka dapat berperanan sebagai pemudah cara serta pegawai rujuk kepada usahawan di bawah bimbingan mereka dalam usaha memahami konteks pensijilan halal secara berkesan dan menyeluruh seterusnya memudahkan proses permohonan pensijilan halal yang akan dilakukan pada masa akan datang.
 
Mohd Fakarudin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Halal, Bahagian Pengurusan Halal juga ketika ditemui merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada agensi pembimbing yang sentiasa cakna dalam memastikan prosedur pensijilan halal difahami sebelum benar-benar bersedia untuk memohon pensijilan halal Malaysia. Ia penting dalam memastikan kelestarian pelaksanaan Sistem Jaminan Halal  sesebuah syarikat kelak seterusnya mengekalkan imej dan kualiti pensijilan halal Malaysia selaku badan pensijilan halal bertaraf dunia. 
 
Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
kesedaran halal dalam kalangan pengusaha RR PLUS 1
 
kesedaran halal dalam kalangan pengusaha RR PLUS 2
 
kesedaran halal dalam kalangan pengusaha RR PLUS 3
 
kesedaran halal dalam kalangan pengusaha RR PLUS 4
 
kesedaran halal dalam kalangan pengusaha RR PLUS 5
 
kesedaran halal dalam kalangan pengusaha RR PLUS 6



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353639