WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA  - Mengetahui dengan lebih terperinci proses pensijilan dan penjelasan isu-isu halal semasa yang tular di media sosial menjadi antara objektif utama kunjungan yang melibatkan hampir 50 orang ahli Persatuan Rumah Ngaji Sakinah, Krubong, Melaka Bandaraya Bersejarah ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM pada 24 Oktober lepas.
 
Sesi perkongsian informasi halal yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Kompleks Islam Putrajaya tersebut telah disantuni dan disampaikan oleh para pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat di Bahagian ini. Program-program utama Halal Malaysia berimpak tinggi termasuk Global Halal Summit (GHaS), Halal Fun Run, HALFEST JAKIM dan lain-lain program sepanjang tahun 2019 turut dikongsi gerak kerjanya kepada para pelawat seterusnya menunjukkan komitmen JAKIM untuk terus meletakkan Halal Malaysia sebagai peneraju halal dunia.
 
Kunjungan ilmiah penuh rahmah yang berlangsung hampir 2 jam ini diakhiri dengan sesi soal jawab berkenaan isu-isu halal semasa di samping perkongsian gerak kerja persatuan berkenaan pada masa akan datang antaranya melihat dengan lebih dekat Pusat Analisis Halal Malaysia yang terletak di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
Rumah Ngaji Sakinah 1
 
Rumah Ngaji Sakinah 2
 
Rumah Ngaji Sakinah 3
 
Rumah Ngaji Sakinah 4
 
Rumah Ngaji Sakinah 5
 
Rumah Ngaji Sakinah 6



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353642