Judul: Ayat-Ayat Suruhan
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM35.00
Sinopsis:
Buku ini disusun dengan mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan sesuatu suruhan atau perintah yang kemudiannya dikategorikan menjadi tujuh belas bab. Tajuk-tajuk dalam setiap bab pula disusun mengikut abjad pada awal perkataan.

Sebagai contoh, ayat-ayat suruhan yang berkaitan sembahyang yang terletak di bawah tajuk Sembahyang lebih terkemudian daripada ayat-ayat berkaitan sabar yang diletakkan di bawah tajuk Sabar. Menerusi kaedah ini, pembaca akan mudah merujuk ayat-ayat suruhan tanpa perlu meneliti keseluruhan mushaf Al-Quran dan menjadikan tugas mencari ayat-ayat suruhan semakin mudah, cepat dan tepat. Setiap ayat Al-Quran dicatatkan nama surah dan bilangan ayatnya.

Tiada kupasan atau pengajaran ayat disertakan kerana tafsiran bagi maksud setiap ayat dipetik daripada kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran terbitan JAKIM yang dirasakan sudah memadai. Buku ini amat berguna kepada para pendakwah, pengkaji, kaunselor, penceramah, pendidik, khatib, ketua masyarakat, ibu bapa dan pelajar.