WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 19 November 2019 - Komitmen JAKIM dalam menyantuni pihak industri bagi memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diteruskan dengan penyerahan SPHM kepada beberapa buah syarikat pelbagai kategori termasuk industri farmaseutikal dan premis makanan hari ini.
 
Penyerahan SPHM tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim bertempat di ruang aktiviti, aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan disaksikan oleh Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal dan Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.
 
Turut hadir bersama, Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Puan Yusheliza binti Mohd Yunus, Ketua Unit Integriti, JAKIM. Penyerahan SPHM ini diadakan sejurus selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan bersama warga kerja di kedua-dua bahagian halal di JAKIM.
 
Memetik kenyataan Ketua Pengarah JAKIM, bahawa Jabatan ini tidak sekali-kali akan berkrompomi dalam apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa termasuk berkaitan hal ehwal pensijilan halal Malaysia demi menjaga mutu dan imejnya selaku badan pensijilan halal bertaraf dunia agar terus kekal terpelihara dan dihormati. 
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti 1
 
JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti 2
 
JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti 3
 
JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti 4
 
JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti 5
 
JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti 6
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 03 Julai 2020.
Jumlah Pelawat :12426528