WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Halal Malaysia tidak melepaskan peluang keemasan untuk terus melakar Misi Melebar Risalah Menyantuni Ummah di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan menyediakan platform informasi halal Malaysia kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara yang hadir ke persidangan berkenaan. 
 
Persidangan yang membuka tirainya sejak 18 Disember lalu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan memasuki tahun ke-lima penganjurannya sejak November 2014. Penganjurannya pada kali ini telah menyaksikan kehadiran pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia yang berkumpul untuk membincang dan memperkenalkan pelbagai penyelesaian baharu dalam menangani masalah-masalah yang menimpa dunia Muslim.
 
Penyediaan kaunter informasi halal Malaysia turut menjadi perhatian pengunjung yang hadir ke persidangan ini memandangkan Malaysia terkenal sebagai peneraju halal di seantero dunia seterusnya memantapkan lagi hubungan dan persefahaman demi kebajikan ummah sejagat. 
 
Untuk rekod, persidangan KL Summit ini merupakan platform dan pentas antarabangsa bagi pemimpin Islam, intelektual dan para cendekiawan dari seluruh dunia untuk membincangkan dan bertukar pendapat tentang masalah-masalah yang dilalui negara-negara Islam. 
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
KL SUMMIT 2019 1
 
KL SUMMIT 2019 2
 
KL SUMMIT 2019 3
 
KL SUMMIT 2019 4
 
KL SUMMIT 2019 5
 
KL SUMMIT 2019 6



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 03 Julai 2020.
Jumlah Pelawat :12426932