WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 16 Jun 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) yang berlangsung di Dewan Syura, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Kehadiran yang berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni ini bertujuan membawa satu aspirasi untuk membincang dan meningkatkan peluang kerjasama antara kedua-dua agensi bagi memperkukuhkan lagi pensijilan halal Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar (TKPD), Puan Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff turut menyambut baik pandangan dan perkongsian berkaitan yang dikongsi pihak Jabatan Kimia Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan berkenaan iaitu Tuan Hj Abdul Rahim bin Shadan.

Pertemuan yang diatur ini turut disantuni oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Tuan Bukhari Md Akhir dan beberapa orang pegawai kanan di Bahagian ini.

TKPD JAKIM dalam perkongsiannya bersama pihak Jabatan Kimia Malaysia sangat mengalu-alukan kerjasama erat dengan agensi berkenaan demi memastikan imej dan kedudukan halal Malaysia dapat terus berkembang dan terus menjadi rujukan dunia.

Semoga kunjungan sebegini dapat menjadi platform perkongsian aspirasi serta jalinan kerjasama strategik di samping menyebar luas amalan baik secara berterusan antara agensi juga berkongsi maklumat untuk melestarikan halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
#KitaMestiMenangJAKIM Santuni Kunjungan Jab Kimia Malaysia 3JAKIM Santuni Kunjungan Jab Kimia Malaysia 2JAKIM Santuni Kunjungan Jab Kimia Malaysia 1JAKIM Santuni Kunjungan Jab Kimia Malaysia 4JAKIM Santuni Kunjungan Jab Kimia Malaysia 5JAKIM Santuni Kunjungan Jab Kimia Malaysia 6




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 03 Julai 2020.
Jumlah Pelawat :12426513