WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohammad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan pertemuan dengan YB Dato’ Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 27 Julai semalam.

Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk membentuk kerjasama strategik bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) melalui pengimarahan masjid-masjid dengan aktiviti perniagaan berlandaskan syariah menerusi penubuhan koperasi-koperasi serta menggalakkan usahawan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Satu pembentangan dan perbincangan kerjasama strategik oleh MEDAC telah dikemukakan dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada dasarnya bersetuju agar ianya direalisasikan. Bahkan, beliau menyuarakan agar pilot project melibatkan masjid-masjid dapat dilaksanakan.

Kerjasama ini juga merupakan salah satu inisiatif meransang koperasi-koperasi supaya terus aktif dan berdaya saing. Di samping itu, beberapa program melibatkan pensijilan halal telah dikenalpasti berpotensi membuahkan hasil dibentangkan untuk pengetahuan kedua-dua belah pihak.

Kolaborasi strategik ini akan diperkukuhkan dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja bagi memastikannya berjalan lancar seterusnya mencapai objektif yang diinginkan. Semoga usaha serta hubungan yang terjalin ini berupaya meningkatkan ekonomi umat Islam dan memberikan impak yang menyeluruh terhadap WKB demi negara tercinta.Kerjasama Strategik Halal 1Kerjasama Strategik Halal 2Kerjasama Strategik Halal 3Kerjasama Strategik Halal 4Kerjasama Strategik Halal 5




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 13 Ogos 2020.
Jumlah Pelawat :12441641