WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA - JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal melangkah setapak lagi ke hadapan bagi mencapai pengiktirafan akreditasi ISO/IEC 17065 : 2012 apabila pihak Jabatan Standard Malaysia telah melaksanakan penilaian verifikasi terhadap Sistem Pengurusan Kualiti ISO/IEC 17065 : 2012 yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada 10 September semalam.

Dalam ucaptama Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Tuan Bukhari Md Akhir sewaktu pembukaan sesi penilaian verifikasi tersebut, ISO/IEC 17065 ini merupakan pengiktirafan yang penting bagi JAKIM sebagai badan pensijilan halal yang disegani sekaligus dapat membawa produk-produk yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia jauh merentas benua.

Sesi penilaian yang dikendalikan oleh 3 orang pegawai dari Jabatan Standard Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selama satu hari bermula seawal jam 8.00 pagi tersebut. Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dijangka akan memperoleh pengiktirafan akreditasi ini sebelum berakhirnya tahun 2020.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid

ISO IEC 1ISO IEC 2ISO IEC 3ISO IEC 4ISO IEC 5




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2020.
Jumlah Pelawat :12457247