Kurator Berita : Unit Integriti
Putrajaya, 12 April 2021- Kerjasama erat Unit Integriti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjayakan Program Klinik Perolehan Berintegriti bersama warga JAKIM. Sesi selama satu hari itu diisi dengan aktiviti ceramah dan diskusi berkaitan pencegahan rasuah. Program ini diadakan bertujuan untuk menerap dan memegang utuh nilai integriti dalam organisasi selaras dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh 4 orang pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Seramai 25 orang pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Sokongan daripada setiap bahagian di JAKIM hadir. Perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta berkaitan integriti, tadbir urus dan anti rasuah dalam perolehan kerajaan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha meningkatkan kesedaran integriti akan tercapai berdasarkan objektif yang telah disasarkan.
 
Klinik Perolehan Berintegriti 1
 
Klinik Perolehan Berintegriti 2
 
Klinik Perolehan Berintegriti 3
 
Klinik Perolehan Berintegriti 4