Kurator Berita : Bahagian Penyiaran
Putrajaya, 12 April 2021- Bengkel Pemantapan Da’ie JAKIM (PEMANTAP 1.0) telah diadakan di Teater Mini Luqman, Penyiaran JAKIM. Bengkel anjuran Bahagian Penyiaran ini telah disertai para pegawai JAKIM yang terlibat dalam rancangan-rancangan penyiaran JAKIM.
 
Encik Rizal bin Rashid, Jurulatih Komunikasi, Neuronworks International telah membimbing para pegawai JAKIM dalam aspek komunikasi, manakala Tuan Haji Ahmad Fadzli bin Yusof selaku Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) telah memberikan pendedahan berkaitan teknik penyusunan kandungan ceramah yang memukau.
 
Bengkel seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memperkasakan kemahiran para pegawai JAKIM dalam aspek penguasaan ilmu dan persembahan semasa berinteraksi dalam rancangan-rancangan agama terbitan Penyiaran JAKIM.
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 1
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 2
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 3
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 4
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 5
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 6
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 7
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 8
 
Bengkel Pemantapan Daie JAKIM 9