Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah

14 Mei 2020, Selasa - Fraser&Neave Holdings Bhd (F&N) hari ini menyerahkan 100 pek makanan sumbangan Ramadhan melalui JAKIM. Majlis penyerahan dilakukan oleh wakil F&N iaitu Dato' Raffiq Md Ariff, Ketua Jabatan Hal Ehwal Hubungan Kerajaan, Industri dan Pengurusan Halal, F&N kepada Puan Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu pekat dan barangan lain keluaran F&N itu akan diagihkan kepada golongan yang terjejas dan sangat memerlukan dalam tempoh PKPB ini. Urusan pengagihan sumbangan tersebut akan dilakukan oleh Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), JAKIM.

Unit komunikasi Korporat,
JAKIM.


WhatsApp Image 2020 05 14 at 3.36.11 PM
 
WhatsApp Image 2020 05 14 at 3.36.10 PM
 
WhatsApp Image 2020 05 14 at 3.36.11 PM 1
 
WhatsApp Image 2020 05 14 at 3.36.13 PM
 
WhatsApp Image 2020 05 14 at 3.36.14 PM 1