Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
DAWRAH HADITH 40 IMAM AL-NAWAWI BERSANAD DI IKMAS
 
Cawangan Kajian al-Quran dan al-Hadith Bahagian Penyelidikan, JAKIM dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menganjurkan Dawrah Hadith 40 Imam Al-Nawawi Bersanad bertempat di IKMAS pada 16 Ogos 2019.
 
Dawrah ini telah disertai seramai 250 orang yang terdiri dari kalangan para pegawai dan pelajar IKMAS serta para asatizah seluruh negeri Sarawak.
 
Objektif dawrah adalah untuk:
 
(i) Memberikan kefahaman kepada masyarakat kepentingan dan kefahaman hadith sebagai sumber perundangan kedua selepas al-Quran.
(ii) Memberikan pendedahan dan pengukuhan ilmu hadith kepada peserta; dan
(iii) Mengembleng tenaga dan usaha membantu pihak berkuasa agama negeri untuk menyampaikan ilmu dan kefahaman hadith yang sahih.
 
Antara pengisian dawrah ini ialah mengenali kitab Hadith 40 Imam al-Nawawi, mengenali ulama hadith dan kepentingan mempelajari sesuatu ilmu terutamanya ilmu hadith secara bersanad bagi memahami hadith secara tepat. Dawrah yang berlangsung selama satu hari ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad ‘Amir, mantan Panel Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan pendakwah bebas. Beliau telah mengijazahkan semua peserta yang hadir dengan sanad Hadith 40 Imam al-Nawawi dan sanad amalan manzil daripada guru beliau kepada semua peserta.
 
Majlis penutupan dawrah telah disempurnakan oleh Ustazah Kartini binti Ahmad, Timbalan Pengarah IKMAS (mewakili Pengarah IKMAS). Dalam ucapan penutup, beliau berharap dawrah hadith seperti ini dapat dibanyakkan lagi ke serata tempat dalam memberikan kefahaman yang sahih kepada masyarakat dalam isu-isu yang berkaitan dengan hadith dan fiqh hadith.
 
Dawrah Hadith 40 Imam Nawawi Bersanad di IKMAS 1
 
Dawrah Hadith 40 Imam Nawawi Bersanad di IKMAS 2
 
Dawrah Hadith 40 Imam Nawawi Bersanad di IKMAS 3
 
Dawrah Hadith 40 Imam Nawawi Bersanad di IKMAS 4
 
Dawrah Hadith 40 Imam Nawawi Bersanad di IKMAS 5
 
Dawrah Hadith 40 Imam Nawawi Bersanad di IKMAS 6