Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:49 Syuruk : 7:09 Zohor : 1:11 Asar : 4:34 Maghrib : 7:07 Isyak : 8:22

Jelebu, 21 Oktober 2017- Kursus Pengendalian Latihan Islami 2017 telah diadakan pada 19-21 Oktober 2017 bertempat di Institut Perkaderan dan Pemantapan Akidah Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Goldmind Evolution Sdn Bhd dan disertai oleh 19 orang perunding latihan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) dan Institut Pemantapan & Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM). 

Objektif program ini diadakan bagi mengetahui dan memahami “Teknik NLP dan Hipnosis” dalam penyampaian program latihan, memahami dan meningkatkan kemampuan komunikasi secara lebih berkesan dengan mengenali audien melalui personaliti VAKOG dan memahami proses mengunakan kemahiran ‘bahasa badan’, dan teknik H.I.T sebagai media mempengaruhi audien.

Kursus ini telah menyediakan platform yang membolehkan para peserta dinilai oleh perunding latihan yang bertauliah dan pakar dalam bidang penyampaian.

Seramai tujuh peserta telah diiktiraf sebagai A Certified Basic Practitioner of The Lead Professional Learning System oleh International Learning Facilitator dari Excite Learning Consultancy iaitu :

  1. En. Zainudin bin Abd Rahman
    Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

  2. En Roslan bin Ibrahim 
    Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

  3. En. Muhammad Shahrin @ Sharin bin Zulkiply
    Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

  4. En. Khairun Nizam bin Abd Samad
    Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

  5. En. Zaidi bin Edward
    Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

  6. Y.M Raja Mohd Alias bin Raja Ali
    Institut Latihan Islam Malaysia, Wilayah Timur (ILTIM)

  7. En Mohd Saidi bin Ab Hamid
    Institut Latihan Islam Malaysia, Wilayah Timur (ILTIM)

Modul kursus ini adalah berfokuskan kepada penggunaan teknik-teknik Neuro Linguistic Program (NLP) dalam persembahan dan penyampaian perunding latihan. Terdapat lima (5) Elemen asas kepada penyampaian yang berkesan iaitu :

  1. Suara   
  2. Perkataan/Personaliti
  3. Emosi
  4. Arah
  5. Kesan

Terdapat tujuh (7) Kaedah Bantu Mengajar dalam menarik minat dan mendatangkan impak yang tinggi dalam penyampaian latihan iaitu :

  1. Story Telling (penceritaan)
  2. Permainan
  3. Analogi
  4. Seni energizer
  5. Seni lagu dan music
  6. Seni gimik.
  7. Seni prop persembahan

Kursus Pengendalian Latihan Islami (KPLI) ini amat sesuai dan menjadi keperluan kepada perunding latihan ILIM, ILTIM dan IPHAM. Kursus ini dicadangkan untuk diadakan pada setiap tahun kepada perunding latihan ILIM, ILTIM dan IPHAM demi memperkasakan ilmu dan teknik keperundingan latihan.

Amatlah diharapkan agar kursus ini telah memberi impak yang tinggi dan besar kepada para peserta agar dapat mengurangkan kebergantungan institusi latihan Islam kepada penceramah atau Perunding Latihan dari luar. 

 


Sesi pencerahan minda bersama Coach Shariman


Sesi energizer bersama Coach Shariman


Sesi energizer bersama Coach Amin

 
Sesi 10 minit auditing (penilaian)

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248865