Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 26 Mac 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Hab Halal telah mengadakan Malaysia International Halal Assembly atau lebih dikenali sebagai MyHA 2018 telah mula membuka tirainya dengan Kursus Halal Professional Board (HPB) dengan tema HALAL CONNECTING THE WORLD. Seramai 105 orang peserta dari dalam dan luar negara telah mengikuti kursus tersebut pada 26 Mac 2018 sehingga 30 Mac 2018 di Hotel Le Meridian.

Terdapat dua kursus diadakan sepanjang lima hari tersebut iaitu Kursus Eksekutif Halal dan Kursus Jawatankuasa Halal Dalaman. Peserta kursus ini terdiri daripada Ahli Badan Pensijilan Halal Seluruh Dunia yang diiktiraf oleh Jakim dan pemain industri tempatan dan luar negara.

Sepanjang program ini, diharapkan semua peserta dapat mempelajari dan memahami peranan eksekutif halal dan bagaimana menjadi auditor halal dalaman yang kompeten.

Pada 30 Mac 2018, dengan berakhirnya penyampaian Sijil Penyertaan Halal Professional Board Courses (HPBC), maka berakhirlah program HPBC pada tahun ini.

Para peserta telah menjalani penilaian terakhir bagi latihan berdasarkan modul yang telah dibangunkan oleh Majlis Profesional Halal Jakim. Tujuan penilaian akhir dijalankan adalah untuk menilai kompetensi peserta berdasarkan modul eksekutif halal dan modul jawatankuasa halal dalaman.

Semoga program seumpama ini mampu melahirkan tenaga kerja halal yang lebih mahir dan seterusnya meningkatkan imej pensijilan halal di mata dunia.

GAMBAR HPB 1 2630032018

GAMBAR HPB 2 2630032018

GAMBAR HPB 4 2630032018

GAMBAR HPB 5 2630032018