Putrajaya, 22 Januari 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengarah, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Dato' Haji Mohd Yusof bin Din bertempat di Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Kunjung hormat ini diadakan bagi menjalin kerjasama strategik yang berteraskan National Blue Ocean Strategic (NBOS) terutama berkaitan Dasar-dasar Islam Negara.  Kunjung hormat ini diketuai oleh Pengarah ILIM, Puan Hajah Zaiton bin Abd Rahman bersama para pegawai ILIM.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, pelbagai isu meliputi aspek latihan dan kefahaman mengenai Dasar Wasatiyyah Negara kepada golongan sasar telah dibincangkan.

Pihak ILIM merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian dan layanan yang diberikan.  Semoga pertemuan hari ini akan membuahkan jalinan kerjasama yang kukuh di antara kedua-dua institusi.

ilim iwm1

ilim iwm2

ilim iwm3

ilim iwm4

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mei 2018.
Jumlah Pelawat :12194226