Putrajaya, 23 Januari 2018 – ILIM telah menerima kunjung hormat dari Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 23 Januari 2018. INFAD diwakili oleh Pengarah INFAD, Professor Dr Irwan bin Mohd Subri, Timbalan Dekan (Student Development & Perfomance Management) dan Penolong Pendaftar USIM, Encik Razman bin Ibrahim.

Ketibaan delegasi INFAD telah disambut oleh Pengarah ILIM, Puan Hajah Zaiton binti Ab Rahman bersama barisan Ketua-ketua Kluster ILIM.  Pelbagai isu dan peluang kerjasama telah dibincangkan bagi membudayakan dan memartabatkan pendidikan sepanjang hayat kepada masyarakat umum khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama bagi menyediakan modul-modul yang akan digunapakai semasa sesi pembelajaran kelak. Kunjung hormat ini juga membuka peluang kerjasama dalam menaiktaraf bidang kursus di ILIM dan INFAD.

Semoga kerjasama bersepadu dan kolektif menerusi pertukaran maklumat, latihan dan pembangunan bakat ini berupaya melahirkan modal insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

infad ke ilim1

infad ke ilim2

infad ke ilim3

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mei 2018.
Jumlah Pelawat :12194232