Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 1:19 Asar : 4:34 Maghrib : 7:25 Isyak : 8:36

Bangi, 24 Januari 2018 - MASYARAKAT Islam di Malaysia amat bertuah kerana dapat melihat perkembangan industri kewangan Islam yang berlaku dengan begitu rancak. Kemajuan yang dicapai dalam industri ini juga mendorong penawaran program-program pengajian dalam bidang kewangan Islam di IPT awam mahupun swasta. Mengambil insiatif dari keadaan ini, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal (KEHA) telah menganjurkan Kursus Prinsip Ekonomi dan Kewangan Islam pada 23 dan 24 Januari 2018 bertempat di Bilik Al-Biruni, Blok Akademi B, ILIM.

Objektif penganjuran kursus ini untuk memberi pengetahuan asas mengenai ekonomi dan kewangan Islam, meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan sistem ekonomi dan kewangan Islam di Malaysia serta membentuk sikap dan keyakinan yang tinggi terhadap maqasid sistem ekonomi dan kewangan Islam.

Antara barisan penceramah yang terlibat dalam program ini antaranya, Penolong Pengurus, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) : Dr. Ahmad Zakirullah bin Mohamed Shaarani, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) : Encik Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Timbalan Pengurus Jabatan Syariah, RHB Islamic : Encik Ahmad Arif bin Ahmad Arshad, Penolong Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) : Encik Mohd Zul Azri bin Mahat Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) : Encik Aminudin bin Yahya.

Semoga kursus ini memberi manfaat dan kefahaman berkaitan ekonomi dan kewangan Islam kepada para peserta.

prinsip ekonomi1

prinsip ekonomi2

prinsip ekonomi3

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Ogos 2018.
Jumlah Pelawat :12216183