Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 28 Januari 2019- Usaha berterusan memperkasa Pensijilan Halal Malaysia untuk terus berdiri megah di mata dunia semakin menjadi perhatian dari pelbagai negara dan sektor perindustrian.

Tambahan pula, peningkatan bilangan pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara oleh JAKIM telah membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada perwakilan atau pemain industri luar negara untuk mengetahui serta mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam berkenaan standard dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang dikelola oleh JAKIM.

Hal ini dapat dilihat apabila Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM menerima kunjungan daripada Dr. Jordi Martínez Rotllan, Konsul Kehormat Malaysia ke Barcelona hadir pada 28 Januari 2019 bagi mendapatkan maklumat berkenaan gambaran keseluruhan Halal Malaysia bagi Skim Farmaseutikal.

Untuk pengetahuan, Dr. Jordi Martínez merupakan Pengarah Urusan Brill Pharma di Barcelona, Spain dan sangat giat menguruskan pembangunan penyelidikan serta pengeluaran serta pengkomersialan dalam bidang farmaseutikal khasnya dalam bidang kesihatan pancaindera.

Beliau yang diringi Encik Shamsul Amir Bin Azman dari Bahagian Promosi Pelaburan Asing, wakil Malaysian Investment Development Authority (MIDA) sangat berbesar hati untuk hadir seterusnya mendapatkan maklumat berhubung ruang dan peluang mengenai permohonan pensijilan halal luar negara khususnya bagi bidang farmaseutikal.

Kunjungan ini telah disantuni oleh pegawai-pegawai kanan Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya. Usaha yang berterusan dalam mempromosi serta memperluaskan lagi capaian terhadap maklumat berkenaan Pensijilan Halal Malaysia akan terus menjadikan Halal Malaysia sebagai pilihan masyarat dunia dalam menjadikan Halal sebagai satu standard yang diyakini.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.globalhalalsummit.my

www.halal.gov.my

#HalalConnectingTheWorld

#HalalMalaysiaHaveFaith

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN BERCELONA UTAMA 28012019

LAWATAN BARCELONA 2 28012019

LAWATAN BARCELONA 3 28012019

LAWATAN BARCELONA 4 28012019