Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:08 Asar : 4:15 Maghrib : 7:10 Isyak : 8:19

Bangi, 22 Februari 2018 - Isu halal merupakan perkara yang sangat penting kerana ia berkembang dan sentiasa diperkatakan dari semasa ke semasa. Agensi pelaksana dan penguatkuasa kerajaan merupakan antara badan penguatkuasa yang bertanggungjawab penuh dalam isu halal.  

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku badan Kerajaan yang memberi fokus kepada aspek penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal. Badan ini diberikan amanah sebagai badan pengawal piawaian halal semenjak Ogos 2009. Penglibatan JAKIM dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula sejak 1974. Berikutan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka berlaku pelbagai perubahan polisi dan dasar tentang fungsi dan bidang kuasa penguatkuasa halal.

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal (KEHA) telah mengadakan Kursus Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal pada 21 dan 22 Februari 2018 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Sina, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM yang melibatkan seramai 21 orang peserta terdiri dari pegawai yang terlibat dalam pengurusan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan mengenai prosedur pemantauan dan penguatkuasaan halal bagi meningkatkan kefahaman mengenai undang- undang berkaitan halal. Selain itu, kursus ini juga berpotensi meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan halal di kalangan pegawai terlibat dan berupaya mewujudkan keseragaman dalam melaksanakan tugas pemantauan dan penguatkuasaan di kalangan pegawai- pegawai yang terlibat di seluruh negara

Barisan penceramah berpengalaman yang terlibat dalam mengendalikan kursus ini adalah Puan Rashidah Che Wil, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hab Halal, Jakim, Tuan Ridzuan Mat Isa, Ketua Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) dan Encik Rosedin Abdullah Pegawai Penguatkuasa, Unit Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

Semoga usaha gigih dalam memastikan penguatkuasaan halal Malaysia memenuhi standard dan piawaian halalan toyyiban ini mendapat sokongan dari semua pihak ke arah merealisasikan budaya pengeluaran dan penawaran produk makanan yang memenuhi kriteria halal, berkualiti dan baik. 
 
Penguatkuasaan Halal1
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2018.
Jumlah Pelawat :12228979