Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 09 Mei 2019 - Satu perbincangan berkaitan slot 'Forensik Halal' terbitan RTM melalui sebuah syarikat produksi program tv iaitu Platinum Walk Production Sdn Bhd telah berlangsung hampir 1 jam di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari Md Akhir bersama pegawai-pegawai kanan dari Pusat Analisis Halal Malaysia dan Seksyen Komunikasi Korporat hadir dalam sesi perbincangan dan perkongsian maklumat bersama pihak syarikat yang diketuai oleh Pengurus Produksi, En Wan Shade dan En Zulkifli Ahmad.

Antara fokus utama perbincangan tersebut ialah cadangan pengisian dan gerak kerja bagi penerbitan program tv berjudul "Fail Forensik" yang akan ditayangkan melalui siaran televisyen RTM hujung tahun ini seterusnya menunjukkan komitmen JAKIM dan pihak media melalui RTM dalam memperkasakan lagi program-program kesedaran halal kepada pengguna.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN RTM UTAMA 09052019

LAWATAN RTM 2 09052019

LAWATAN RTM 3 09052019