Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Negeri Melaka pada 07 Mac 2019. Town Hall yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka dan YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan ucaptama dalam program tersebut. Pada majlis yang sama YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM mewakili YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAKIM.
 
Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Maqasid Syariah ke negeri-negeri untuk memberikan penjelasan mengenai Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam tadbir urus negara. Seramai 800 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Pegawai- pegawai kerajaan, wakil-wakil GLC dan Swasta, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Pensyarah-pensyarah, Guru-guru, Imam-imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid sekitar Negeri Melaka.
 
Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Minda Maqasid“ oleh YBrs. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain ( Penyelidik ISRA) dan “Agenda Maqasid Syariah dalam Tadbir Urus Negara“ Oleh Puan Nor Safina bt Zainal (Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM).
 
 
yb tm
 
 
ketua menteri melaka
 
 
ustaz lokman
 
 
ustazah safina 
 
 
IMG 6723
 
 
IMG 6686
 
 
IMG 6693