Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:08 Asar : 4:15 Maghrib : 7:10 Isyak : 8:19

Bangi, 4 Julai 2018 – Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan, iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama, bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Penganjuran Kursus Undang-undang Keluarga Islam: Hak-hak dan Tanggungjawab oleh Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia pada 3 dan 4 Julai 2018 bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan undang-undang keluarga Islam dari aspek hak dan tanggungjawab suami/isteri semasa dalam perkahwinan dan selepas perceraian serta memberi kemahiran kepada peserta untuk menjadikan undang-undang keluarga Islam sebagai satu panduan dan rujukan kepada pengamal undang-undang dan orang ramai.

“Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga, melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak, yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga. Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang” memetik kata Tuan Halim Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).  Turut sama menjayakan kursus ini adalah Tuan Mawardi Zainal Abidin, Pegawai Penyelidik, JKSM dan Tuan Zainal Abidin Kusmin, Penolong Pengarah Kanan, JKSM.

Kursus ini dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Runding Cara. Adalah diharapkan agar kursus inimampu meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan proses pengurusan perkahwinan dan penceraian di Mahkamah Syariah.

undang1

undang2

undang3

undang4




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2018.
Jumlah Pelawat :12229084