Kurator Berita : Bahagian Dakwah
 
 

Pada 12 Julai 2017 bersamaan 18 Syawal 1438h telah berlangsungnya satu Majlis Sambutan Aidilfitri yang diadakan bagi meraikan golongan muallaf atau saudara muslim di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Majlis ini dianjurkan oleh Jakim dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta rakan strategik iaitu Yayasan Taqwa dan beberapa NGO seperti Perkim dan lain lagi.

Negeri Perlis telah berkesudian untuk menjadi tuan rumah bagi peringkat zon utara pada tahun ini memandangkan tahun lalu telah diadakan majlis yang sama di Melaka mewakili zon selatan yang turut disertai oleh saudara baru dari negeri Johor dan Negeri Sembilan. Kali ini ia telah dijayakan dengan kehadiran hampir 600 orang saudara baru dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Majlis turut diserikan, apabila Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis mencemar duli berangkat ke majlis ini bersama-sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis. Majlis dimulakan dengan Ucapan Pengerusi dan Ucapan Aluan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Kemudian disusuli dengan Titah Ucapan Tuanku Raja Muda Perlis. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya serta sumbangan raya dan juga turut diserikan dengan persembahan daripada Wanita Perkim.

Jakim buat pertama kali telah dilibatkan dengan sesi kayuhan pada sebelah petang bersama DYTM Raja Muda Perlis bagi menyampaikan bantuan kepada asnaf melalui Majlis Agama Islam Perlis. Majlis kayuhan ini telah bermula jam 5.45 petang di Surau Kampung Behor Gandil, Kangar merentasi beberapa buah kampung dan taman untuk menemui asnaf yang dimaksudkan. Sejauh 10 km sesi kayuhan ini, dan berakhir di surau yang sama untuk solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya diakhiri dengan Majlis Serahan atau Agihan Zakat dari Majlis Agama Islam Perlis yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis kepada lebih 50 orang penerima.

 

IMG 8460

IMG 8463

IMG 8538

IMG 8364

IMG 8522

IMG 8525

IMG 8332