Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Jakim telah menganjurkan Ekspedisi Kembara Qurban Aidiladha di Kampung Orang Asli Rakoh, Pos Lenjang Kuala Lipis, Pahang pada 3 hingga 4 September 2017. Ekspedisi turut melibatkan agensi lain iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Yayasan Restu.

Ekspedisi kali ini telah mengharungi laluan jalan tidak berturap sepanjang 26 kilometer merentasi beberapa kampung Orang Asli lain sebelum tiba di Kampung Rakoh yang bermula dari Pos Betau, Kuala Lipis.

Tujuan utama ekspedisi ini adalah untuk:

1. Mengadakan ibadah qurban di kampung Orang Asli;

2. Mempamerkan cara dan kaedah penyembelihan haiwan qurban kepada masyarakat Orang Asli pada hari Tasyrik iaitu hari yang disunatkan melaksanakan ibadah qurban;

3. Mendidik masyarakat Orang Asli dengan menghidupkan ibadah qurban pada 10,11, 12 dan 13 Zulhijjah; dan

4. Meningkatkan tahap pemahaman masyarakat Orang Asli Islam terhadap ajaran Islam.

Selain itu juga, dilaksanakan pengagihan daging-daging qurban kepada Orang Asli Islam dan penyampaian bantuan berupa pakaian hasil inisiatif pihak Angkatan Tentera Malaysia.

Aktiviti seperti ini dapat menterjemahkan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memperluaskan lagi program-program berbentuk National Blue Ocean Strategic (NBOS) antara agensi khususnya antara Jakim dan Kem Wardieburn 12 Briged, ATM.
XPDC quran orang asli2017 1
 
XPDC quran orang asli2017 2
 
XPDC quran orang asli2017 3
 
XPDC quran orang asli2017 4
 
XPDC quran orang asli2017 5
 
XPDC quran orang asli2017 6
 
XPDC quran orang asli2017 7
 
XPDC quran orang asli2017 8
 
XPDC quran orang asli2017 9
 
XPDC quran orang asli2017 10