Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KEJAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM

Masyarakat Orang Asli sering digambarkan sebagai masyarakat pemalu, hidup di kampung yang terpencil di pedalaman, jauh daripada kemajuan dan pelbagai persepsi negatif. Hakikatnya kini ramai yang telah menerima perubahan dan kemodenan. Masyarakat Orang Asli di Selangor, sebagai contoh, telah hidup di pinggir bandar dan menerima banyak tempias kemajuan. Malah jauh di pedalaman Perak, ramai yang telah celik teknologi maklumat, memiliki telefon bimbit yang canggih dan mampu melanggan siaran televisyen berbayar.

Pada hari ini, masyarakat Orang Asli telah ramai yang berjaya, baik dalam bidang pelajaran, mahu pun bidang kerjaya. Telah ramai anak-orang Asli yang belajar di menara gading, menjawat jawatan yang baik dalam sektor awam mahu pun sektor swasta. Ramai yang telah menjadi guru, pensyarah akademik, ahli perubatan, ahli perniagaan dan macam-macam lagi.

Menyedari hakikat ini, Bahagian Dakwah melalui Cawangan Dakwah Khas telah berusaha mengumpul maklumat Orang-orang Asli, khususnya yang beragama Islam, dan telah menempa kejayaan dalam pelbagai sudut untuk ditonjolkan sebagai ikon kepada yang lain. Pelbagai program telah disusun dalam usaha menarik minat masyarakat Orang Asli untuk menerima Islam, di samping mempertingkatkan penghayatan agama kepada yang telah memilih Islam.

Breakfast Talk adalah salah satu program yang diatur bertujuan mengumpul para pengamal media dan mempertemukan mereka dengan Orang-orang Asli Islam yang berjaya untuk sama-sama berkongsi pengalaman kisah kejayaan mereka. Antara ikon yang ditonjolkan adalah batin Islam contoh, pelajar tahfiz, juara tilawah al-Quran peringkat Orang Asli dan penubuhan sekolah agama khusus untuk masyarakat Orang Asli Islam.

Program pada 1 November 2018 ini berkonsep santai dan turut dihadiri wakil-wakil jabatan dan agensi persekutuan dan negeri. Yang Berbahagia Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, JAKIM telah melapangkan masa merasmikan program yang bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya ini.

Untuk menonton video selanjutnya sila tekan link ini : https://www.youtube.com/watch?v=vRy7ZsWYCVE

 

EQHME1998Ucapan Aluan Oleh YBhg. Aziz bin Haji Mohamad Pengarah Bahagian Dakwah

EMIT3829Penyampaian sumbangan naskah Yasin daripada wakil Yayasan Taqwa MAIWP Pn. Raudhah binti Kursus @ Othman

FMOP7373WBXEE7578

 

VGAGE3261Persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar Sek. Men Agama Rakyat Orang Asli Kenang, Sg. Siput Perak

EMEZE8840 copyYBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya menyantuni kejayaan anak-anak Orang Asli islam

GKKV4027 YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya menyampaikan ucapan perasmian

HQMN8748

Sesi Bergambar Kenang-kenangan

MDKCE4483

Barisan Urus Setia Cawangan Dakwah Khas