Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 6:58 Zohor : 1:01 Asar : 4:22 Maghrib : 6:58 Isyak : 8:11

Bangi, 6 September 2018- DALAM konteks negara bangsa dan dunia moden yang bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai Fiqh al-Muwatonah atau Fiqh Kewarganegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh.

Sejajar dengan misinya, JAKIM menerusi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Muhadharah Fiqh Kewarganegaraan (2018) pada 6 September 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM, Bangi, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam konteks Malaysia yang berbilang etnik, agama dan budaya sedang majoriti rakyatnya orang-orang Islam, maka Fiqh al-Muwatonah (فقه المواطنة) menjadi sesuatu yang amat penting, menyentuh dan menjawab kedudukan seluruh warganya, Muslim dan non Muslim, hak dan tanggungjawab mereka kepada negara dan sesama mereka yang amat sesuai dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa oleh Islam.

Program kali ini telah dihadiri seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Mufti, wakil-wakil agensi di bawah YB Menteri di JPM dan juga wakil-wakil Kementerian/Jabatan/Agensi di sekitar Putrajaya.

Prinsip-prinsip yang dibangunkan oleh Fiqh al-Muwatonah ini selaras dengan semangat dan pengajaran daripada peristiwa Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyyah, Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w dan juga berdasarkan perjanjian antara rakyat bukan Muslim dengan negara Islam.

Muhadharah kali ini menampilkan ucaptama oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah dan Sesi Pembentangan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail al-Qudsy, Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah, Universiti Malaya. Kedua-dua mereka telah mengupas dan memberi pencerahan berkaitan topik Fiqh Kewarganegaraan.

Pada majlis itu juga, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengharapkan usaha yang dilaksanakan ini akan mampu membuktikan bahawa Malaysia yang unik dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya yang tersendiri mampu muncul sebagai sebuah negara yang harmonis dan terbuka bertepatan dengan ciri-ciri yang ada pada Islam yang mengiktiraf kepelbagaian dalam kehidupan.

Sesungguhnya Islam adalah agama universal yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

fiqhkewarganegaraan1

fiqhkewarganegaraan2

fiqhkewarganegaraan3

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 November 2018.
Jumlah Pelawat :12241935