Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Seberang Perai (28 - 30 OGOS 2020) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan PROGRAM RAKAN SETIA KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP), Agensi AntiDadah Kebangsaan Pulau Pinang dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

Usaha melebar risalah menyantuni ummah tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu sahaja, bahkan perlu meliputi pelbagai lapisan golongan, peringkat atau komuniti. Setiap individu mendambakan sebuah kehidupan yang aman, makmur dan sejahtera. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hanya dapat dicapai melalui sikap positif dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Namun, isu penyalahgunaan dadah menjadi salah satu punca utama berlakunya jenayah dan maksiat serta menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Justeru, Seramai lebih kurang 40 orang peserta Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah daerah Seberang Perai Utara telah terpilih untuk menyertai program selama 3 hari 2 malam yang telah diadakan di Hotel Ixora, Pulau Pinang.

Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan meningkatkan daya kepimpinan dalam kalangan komuniti dari aspek pengetahuan dan bahaya penyalahgunaan dadah serta boleh membimbing ahli-ahli komuniti yang lain dalam menangani isu penyalahgunaan dadah sekaligus menjadi peneraju membanteras dadah demi mewujudkan komuniti yang selamat, sejahtera dan bebas tanpa dadah.

Penganjuran program ini juga adalah komitmen dan usaha berterusan JAKIM bersama rakan strategik melaksanakan program pendidikan pencegahan dan kerohanian bagi melahirkan khaira ummah seterusnya menjadi pemimpin di masa hadapan.

 

rsk penangrsk png2