Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 6:58 Zohor : 1:01 Asar : 4:22 Maghrib : 6:58 Isyak : 8:11

Bangi, 2 November 2018 – Landskap kini dilihat sebagai salah satu bidang penting terutama dalam proses pembangunan kawasan kediaman, industri, rekreasi dan komersial apabila kadar perkembangan pembangunan semakin meningkat saban tahun.

Landskap berasal daripada dua perkataan iaitu land yang bermaksud tanah atau daratan dan skap yang bermaksud pemandangan. Justeru bila memperkatakan tentang landskap,kita tidak dapat mengelak memperkatakan tentang bidang hortikultur yang bermaksud amalan sains dan seni taman.

Program kerjasama antara Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Landskap Negara (JLN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) sempena Program Pembudayaan Landskap yang dilaksanakan oleh JLN. Program ini mensasarkan tiga kumpulan utama iaitu Sekolah, Institusi dan Komuniti. ILIM telah terpilih bagi program ini dan pihak JLN telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak 50 pohon pokok hiasan teduhan bagi menceriakan landskap ILIM.

Bagi menjadikan ILIM sebagai Pusat Latihan Dalam Taman, pembangunan kawasan ILIM turut memberi tumpuan kepada pembangunan landskapnya. Konsep ini mengintegrasikan landskap yang indah dan harmoni, bersesuaian dengan keadaan persekitaran.

Program ini telah diadakan sebanyak 3 fasa iaitu Fasa 1 pada 26 Oktober 2018 meliputi kerja penyediaan tapak yang dilaksanakan oleh warga ILIM, kontraktor perkhidmatan ILIM dengan kerjasama AADK dan MPSp. Fasa 2 pula diadakan pada 29 Oktober 2018 merangkumi kerja penggalian lubang bagi penanaman pokok oleh kontraktor yang dilantik oleh JLN.

Kemuncak program ini adalah Simbolik Penanaman Pokok pada 2 November 2018 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan JAKIM bersama Tuan Meor Saadon Sofian bin Mior Razali, Timbalan Ketua Pengarah,Dasar dan Pengurusan Landskap, JLN. Turut hadir bersama Pengarah ILIM, Puan Hajah Zaiton binti Abd Rahman, Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap,JLN, Tuan Mansor Bin Mohamad, Timbalan Pengarah CCRC Dengkil, Puan Amira binti Mohd Arif, pegawai Kanan JLN  serta pelatih dari AADK Cawangan Dengkil.

Program ini turut menyajikan santapan rohani menerusi Sesi Zikir dan Fikir yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azubir bin Razali, Perunding Latihan Kanan ILIM.

Adalah menjadi harapan agar penyediaan infrastruktur hijau menjadi akses kepada warga ILIM dan tetamu untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus mampu meningkatkan kesihatan ke arah kehidupan berkualiti disamping menjaga keindahan landskap di kawasan masing-masing bagi menjamin kelestarian alam.
 
ilimhijau1
 
ilimhijau2
 
ilimhijau3
 
ilimhijau6
 
ilimhijau4  ilimhijau7
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 November 2018.
Jumlah Pelawat :12241935